Alhamdulillah setelah sekian lama mencari, akhirnya aku jumpa juga Kursus Pengurusan Jenazah...
bertempat di Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara...
bermula jam 8pg sehingga 5ptg..
Alhamdulillah aku bersyukur kerana dipilih Allah SWT untuk menghadiri kursus ini..
"Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa.."
Semasa kursus dijalankan, kebetulan ada 2 jenazah sedang dimandikan & disolatkan di masjid tempat aku berkursus...
Seorang jenazah lelaki dewasa...
Dan seorang lagi jenazah bayi perempuan yang berusia 4 bulan...
Tersentak hati ini apabila mendengar bayi tersebut meninggal akibat sakit jantung berlubang...
Seperti yg diceritakan oleh sepupu bayi tersebut, terdapat 5 lubang pada jantung arwah...
Ya Allah..! Tak dapat aku bayangkan penderitaan bayi itu...
Aku sempat bersalam dgn ibu kepada bayi tersebut..
Aku faham perasaan ibu dia ketika itu...
Sedangkan aku yg kehilangan bayi yang masih didalam kandungan pun terasa amat sedih..
Ini kan pula bayi yang telah dilahirkan...
Apa pun hanya Allah saja yang tahu apa yg terbaik utk bayi tersebut...
Semoga beliau menanti & menarik ibu & ayahnya di syurga nnt..
Walaupun badan terasa amat penat, tapi aku seronok...
Jumpa kawan²
No comments:
Post a Comment