Wednesday 22 May 2013

Bila Hati Berbicara...




Tak tahu nak dimulakan dari mana...
rasa seperti hendak menjerit sekuat hati...
tp aku bukan lah jenis org yang tiada IMAN utk buat demikian...
aku ada ALLAH yg dpt aku luahkan segala isi hati ku...
aku masih ada keluarga yg sentiasa memberi sokongan & semangat tatkala aku memerlukan...
aku masih punya kawan² yg sentiasa beri aku dorongan..

Seminggu telah berlalu...

14 Mei 2013...

Biarlah ianya menjadi rahsia ku...
kerana aku tidak mahu buka aib ku sendiri...
apa yg pasti aku telah melalui saat getir...
kelahiran bayi ke-5 membuatkan aku bersyukur dengan peluang untuk hidup yang Allah berikan padaku..
aku bersyukur padaMu Ya Allah..!
besar pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan mu wahai anak..
dan apa yang pasti juga, aku telah melahirkan seorang bayi lelaki yang cukup sifatnya...
cuma tidak dapat diselamatkan...
gambar yang diambil biarlah menjadi kenangan kami sekeluarga...
Allah lebih menyayangimu sayang...
Hanya DIA saja yang tahu apa yang terbaik untukmu dan juga kami...





Buat anak² mama yg pergi meninggalkan mama,
AKIF NUR IMAN yang dilahirkan pada 5 Jun 2012..
dan....
ADAM NUR FIRDAUS yang dilahirkan pada 14 Mei 2013...
damailah kalian di SANA...
semoga kalian berdua menanti mama & papa di pintu syurga nanti...
kenangan mengandungkan kalian berdua tidak akan mama lupakan hingga akhir hayat mama...
nama kalian akan tetap terpahat di ingatan kami...
ada yang kata mama bertuah kerana sudah ada 2 org menanti mama di SANA nanti...
walaupun pada mulanya agak perit untuk mama menerimanya...
tapi mama akur dengan Qada & Qadar yang telah ditentukan olehNya...
pasti ada HIKMAH yang tersembunyi disebalik apa yang berlaku, In Shaa Allah...








new dodge ram

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...