Monday, 4 November 2013

Doa Akhir & Awal Tahun


DOA AKHIR TAHUN

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. 
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaan ku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"


Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

 
Maksudnya :
 
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang, segala puji itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tiada lupakannya (Tuhan tiada bersifat lupa) dan Engkau berlembut tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian mohon keampunanMu. Ya Allah! ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan ENgkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah! Tuhan yang Maha Pemurah.
 
 
 
DOA AWAL TAHUN
 
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharram.
 
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
 
 
Maksudnya :
 
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan sekalian alam. Rahmat dan Sejahtera atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. KelebihanMu Maha Besar dan KemurahanMu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepadaMu agar terpelihara kami sekalian didalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripadaMu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (Nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepadaMu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepadaMu. Ya Allah! Tuhan yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah! Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
 
 
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...