Wednesday 17 April 2013

Indahnya Alam Rahim...! Minggu 1 - 10

Minggu 1

Pada minggu ini, sebaik saja telur disenyawakan, anda tidak lagi mengalami haid. Hormon²  dalam badan akan bersiap sedia untuk melepaskan sel telur ibu (ovum). Sekurang² nya 20,000 sperma bapa akan akan berjuang dan hanya satu sahaja sperma yang menjadi 'juara' untuk bertemu dengan telur ibu. Biasanya perasaan wanita dapat merasakan ada sesuatu yang berlaku dalam badannya. Tanda awal biasanya, wanita akan merasa payudara berubah sakit, benjol dan lembut, mual dan sensitif pada bau² an.


Mesti tahu : Jangan culas asid folik. Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah dan mengelakkan kecacatan janin. 


 

 
Minggu ke-2
 
Uterus (dinding rahim) menebal dan mempersiapkan untuk tahap ovulasi. Ovulasi ialah ovari membebaskan telur. pada minggu ini, jumlahnya akan menjadi beribu² .
 

 
Mesti tahu : Anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folik, besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat.
 
 
 
Minggu ke-3
 
Minggu ini merupakan masa ovulasi (pelepasan telur). Kehamilan terjadi pada saat ini. Setelah persenyawaan telur berlaku, langsung ia mengembara sebagai blastocyst melalui tiub fallopian ke rongga uterus dan terbenam pada lapisan rahim. Blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya didalam rahim. Dalam 12 hingga 24 jam berikutan, telur ini akan disenyawakan.
 
 
 


 
Mesti tahu : Diawal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju dan susu.
 
 
 
 

Minggu ke-4
 
Setelah masuk minggu ke-4, janin ini dikenali sebagai embrio. Inilah bentuk asas manusia mula terbentuk. Embrio bersaiz 6mm (kira²  1/4 inci) panjang, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang. Jantung mengepam darah ke hati dan aorta (urat besar yang membawa darah dari jantung). Pada minggu ini juga terbentuk versi awal plasenta iaitu vili chorionic dan tali pusat sudah mula bekerjaiaitu berfungsi menyalurkan makanan dan oksigen kepada bayi.
 
 
 
 
Mesti tahu : Lakukan senaman. Ia dapat mengelak rasa tidak selesa seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan.
 
 
 
Minggu ke-5
 
Ketika ini bayi dikenali sebagai embrio berukuran saiz sekitar 1/4 inci/setengah sentimeter panjang dan lebih mirip anak berudu daripada manusia. Namun sudah mula mempunyai degupan jantung sendiri, plasenta dan tali pusat sudah bekerja sepenuhnya. Jantung terbahagi kepada 2 ruang iaitu ruang kanan dan kiri. Mula berdegup kira²  2x kadar kelajuan degup kira²  150 kali seminit iaitu kira²  2x kadar kelajuan degup jantung orang manusia. Organ utama termasuk buah pinggang dan hati mulai membesar. Juga tunas atas dan bawak embrio mulai tumbuh. Ia membentuk lengan dan kaki bayi. Ketika ini juga usus sedang berkembang.
 
 

Mesti tahu : Jaga suhu badan anda. Jika badan terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.


Minggu ke-6
 
Pada minggu ini, saluran menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini membesar jari kelingking. Juga dapat dilihat bentuk kepala yang besar iaitu pembentukan awal mata dan lubang hidung. Juga kemunculan telinga, lengan dan kaki mula menunjukkan tunasnya. Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih dalam proses perkembangan. Pergerakannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.




Mesti tahu : Alahan mula berlaku! Anda akan mengalami morning sickness, bau²  tertentu  yang membuatkan anda kelihatan tidak bermaya. 
 

Minggu ke-7
 
Pembentukan jantung sudah lengkap. Saraf dan otot bekerjasama untuk pertama kalinya. Ketika ini bayi mempunyai tindakan refleks dan bergerak spontan. Juga pada minggu ini, pembentukan otak akan lengkap. Anggota badan lain seperti lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya semakin berkembang. Begitu juga dengan tulang belakang dan usus sedang membentuk.

 
 
Mesti tahu : Jika kurang rehat, anda akan berasa pening atau mungkin pengsan jika berdiri terlalu lama. Elakkan berada dalam persekitaran yang sesak.


Minggu ke-8

Pada minggu ini secara rasminya embrio dikenali sebagai fetus. Lengan, kaki, tangan, paha dan bahu sudah menjadi komponen yang lengkap. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Bayi sudah mulai bergerak namun saiznya yang masih kecil, membuatkan anda tidak dapat merasai gerakannya.


Mesti tahu : Ibu akan mengalami perubahan fizikal iaitu payudara dan puting membesar. Lelehan faraj juga makin banyak sehingga ibu perlu memakai panty liner untuk keselesaan.
 

Minggu ke-9
 
Pergerakan pertama fetus dapat dikesan dengan USG iaitu ultrasonography singkatan yang sama makna dengan ultrasound. Pada minggu ini perut dan rongga dada sudah terpisah dan otot mata dan bibir atas terbentuk. Ketika ini berat bayi dibawak 10gram. Semua bahagian tubuh terbentuk dan kelihatan jelas termasuk tangan, kaki, mata, alat kelamin dan organ lain.
 
 
 
Mesti tahu : Pertambahan berat badan ibu mulai berlaku. Jika pertambahan mendadak naik, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
 

Minggu ke-10

Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari²  yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia. Otak berkembang cepat dalam minggu ini sehingga saiz kepala lebih besar daripada tubuh.
 
 
 
Mesti tahu : Pertambahan jumlah darah yang mengalir didalam tubuh yang membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda semakin membesar.
 
 

Sumber : Majalah Pa&Ma keluaran Mei 2013

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...