Thursday 9 May 2013

Indahnya Alam Rahim...! Minggu ke-21 ~ 24

:: Ya Allah..! KAU permudahkanlah segala urusan ku.. Janganlah KAU uji kami diluar kemampuan kami.. Aamiin..! ::

****************
 
 
Minggu Ke-21
 
Bayi anda berukuran sebesar 27cm. Kelopak mata dan keningnya sudah sempurna, kuku jari kini menutupi hujung jarinya. Anda bakal merasakan banyak gerakan bayi kerana bayi makin aktif. Ketika ini juga anda boleh mula mencari nama terbaik buat anak anda!
 
 
 
Mesti tahu : Pada minggu ini, badan anda boleh menerima makanan lebih daripada biasa. Kawal pemakanan untuk elak lemak berkumpul secara berlebihan dan tahap gula mungkin meningkat.
 

Minggu Ke-22
 

Tahap perkembangan pendengaran bayi semakin baik kerana sudah mula mendengar bunyi dari luar. Malah bayi atan berasa tenang ketika mendengarkan suara dan sentuhan anda di perut. Tubuh bayi mulai mengeluarkan sel darah putih. Ini penting untuk bayi dalam melawan penyakit dan infeksi.
 
 
 
Mesti tahu : Amalkan pemakanan yang seimbang. Bayi memerlukan pemakanan yang sihat untuk pertumbuhan yang baik.
 
 

Minggu Ke-23
 
Kini ukuran bayi sekitar 29cm. Juga ukuran kepalanya sudah sesuai dengan tubuhnya. Keadaan bayi seperti sama seperti akan lahir nanti tapi saiznya lebih kecil dan kurus. Dengan bantuan doktor anda dapat mendengarkan detak jantung bayi anda dengan stestoskop dan pada minggu ini pertumbuhan otak sangat cepat.

 
Mesti tahu : Anda akan mengalami tangan dan kaki bengkak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir² minggu kehamilan. Legakan dengan cuba rendam dengan air suam 5 hingga 15 minit setiap hari sebelum tidur.
 
 

Minggu Ke-24

Bayi semakin membesar dengan baik dengan berat kira² 99gram/22 auns. Keadaan ini akan mengambil ruang yang banyak dalam rahim anda. Keadaan kulitnya sangat nipis dan lembut dan pendengaran bayi sudah terbentuk sempurna. Apabila mendengar muzik, lagu atau bacaan Al-Quran dari luar, bayi akan bergerak. Bayi mula membentuk pola bila waktu tidur dan bila waktu bangun. Ketika ini anda akan merasakan sama ada bayi bergerak atau tidak.

 
 
Mesti tahu : Pada minggu ini, segelintir ibu hamil akan cenderung mengalami masalah kencing manis atau diabetis. Kawal pemakanan harian anda.
 
 

Sumber : Majalah Pa&Ma Keluaran Mei 2013







 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...