Wednesday 8 May 2013

Indahnya Alam Rahim...! Minggu ke-14 ~ 20

:: Posting diteruskan walaupun terdapat sedikit masalah... In Shaa Allah semuanya akan selesai dgn baik nnt... Aamiin ::
 
**************************


Minggu ke-14

Pada minggu ini bayi sudah memberi respon terhadap dunia di luar rahim ibu, bayi mungkin akan bergerak apabila anda mengusap perut anda, tapi anda mungkin masih belum dapat merasakannya. Organ² bayi mulai matang termasuk mula tumbuh rambut di kepala, kening dan seluruh badannya. Ia dikenali sebagai lanugo dimana biasanya hilang sebelum lahir. Dagu, dahi dan hidung kini semakin matang. Juga bayi sudah boleh mengenggam, mengerakkan kepalanya dan adakalanya dia boleh mengerutkan kening.



Mesti tahu : Ketika ini, anda sudah tidak mengalami morning sickness. Anda sudah mula berselera makan.



Minggu ke-15

Bayi bersaiz kecil iaitu sebesar tapak tangan anda. Namun dia mula sensitif pada cahaya dan mengalami sedu tetapi anda tidak dapat mendengarnya kerana sistemnya dipenuhi cecair berbanding udara. Namun anak anda sudah boleh mendengar. Antara yang jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda. Ketika ini juga tulang rangka bayi sedang berkembang. Kini kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semuanya makin jelas kelihatan.
 
 
 
Mesti tahu : Jaga kesihatan anda kerana pada ketika ini kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak dan pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen.
 
 

Minggu ke-16
 
Bayi anda sudah mula aktif, dia semakin kerap bergerak. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan. Otot bayi sudah berkembang dan menjadi kuat. Gerakannya semakin aktif. Pada minggu ini jika sinar terang diletakkan di perut anda, bayi akan mengerakkan tangan dan matanya.


 
Mesti tahu : Ketika ini emosi anda adalah gembira dan menyeronokkan kerana anda sudah dapat merasakan pergerakan pertama bayi dalam kandungan dan selera makan makin bertambah.




Minggu Ke-17

Anggota badan bayi kini semakin sempurna iaiut mata bayi sudah melihat ke hadapan, telinga sudah berada di posisi betul dan tulang rawan yang bakal menjadi rangkasudah mula keras menjadi tulang. Juga deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.


Mesti tahu : Anda akan mengalami gusi berdarah jika kurang kalsium. Ketika ini anda tidak boleh memakai pakaian ketat disebabkan bayi dalam proses pembesaran.
 

Minggu Ke-18
 
Sekarang bayi sudah dapat mendengarkan suara dari luar tubuh anda, bayi akan bergerak dan melompat ketika mendengarkan suara keras. Otot bayi sudah dapat berkontraksi dan relaks, bayi sudah dapat menendang atau meninju. Bergerak sangat aktif, dalam minggu ini mungkin anda sudah dapat merasakan gerakan putarannya untuk pertama kali.

 
 
Mesti tahu : Anda mungkin mengalami masalah untuk bernafas kerana membran dalam hidung akan membengkak dan seterusnya menganggu peredaran udara masuk ke dalamnya.
 
 
Minggu Ke-19
 
Pada minggu ini, bayi anda sekitar 23cm. Anda juga bakal mulai merasakan gerakannya minggu ini, jika minggu² sebelum ini masih belum merasai gerakannya. Seperti anda, bayi dalam kandungan juga mengalami peningkatan berat badan.
 
 
Mesti tahu : Berat badan anda semakin bertambah dan anggota badan sepeti paha, punggung dan bahagian abdomen mengalami perubahan ketara apabila berlaku pertambahan berat badan.
 
 

Minggu Ke-20

Otot bayi anda semakin kuat setiap minggu. Ketika ini bayi anda bergerak sekitar 200 kali sehari, tapi anda hanya akan merasakan sedikit dari semua gerakan ini. Badan bayi juga bertukar menjadi sesuatu licin kerana diselaputi bahan putih berlemak dikenali vernix caseosa yang digunakan untuk melindungi kulit semasa berada dalam cecair ketuban.
 
 
 
Mesti tahu : Elakkan makanan terlalu pedas atau bergoreng kerana ia akan mengundang masalah pedih ulu hati.
 
 

Sumber : Majalah Pa&Ma keluaran Mei 2013

 
 
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...