Thursday 2 May 2013

IRON MAN 3

 
 
Semalam kami telah menonton tayangan filem superhero Marvel yang terbaru iaitu Iron Man 3... Memang filem nie ditunggu² oleh peminat filem superhero dan ternyata kami tidak kecewa dengan jalan cerita dan juga cinematografi filem nie... Anak² pun seronok dan filem nie lebih byk aksi dari perbualan... So, tiada istilah BORING bila tgk filem nie.. kuar dari panggung, masing²  berangan nak sarung 'suit' Iron Man... dari bapak bawak ke anak²...  ehehehee..! pengaruh filem sungguh...! (◦'◉‿◉'◦)
 
Sinopsis :
 
Selepas peristiwa The Avengers, Tony Stark telah mengalami sindrom panik melampau dan telah membina beberapa suit Iron Man dirumahnya . Keadaannya itu telah menyebabkan hubungannya tegang dengan kekasihnya Pepper Potts yang merupakan CEO Stark Industries. Dalam siri flashback pada malam tahun baru 1999, Stark bersama kekasihnya pada masa itu seorang saintis botani, Maya Hansen,telah menolak mentah² pelawaan Aldrich Killian, yang mahu sokongan Stark dalam usahanya meneruskan program Advanced Idea Mechanics.
 
 
 
Pada masa kini, terdapat rentetan pengeboman oleh pengganas yang menggelarkan dirinya ‘Mandarin’ dan telah membuatkan agensi perisikan bingung kerana kekurangan bukti forensik. Apabila ketua keselamatan Stark Industries, Happy Hogan, terperangkap dalam salah satu serangan itu, Stark telah mencabar ‘Mandarin’ dan menyebabkan mereka bertindak balas dengan memusnahkan rumah Stark. Potts dan Hansen, yang datang untuk memberi amaran kepada Stark, dapat menyelamatkan diri dan begitu juga Stark walaupun terjatuh ke dasar laut, dan mendapati dirinya di luar bandar Tennessee selepas kepintaran beliau mencipta suit besi JARVIS yang tidak mempunyai kuasa yang mencukupi untuk pulang ke California, dan dunia percaya beliau telah pun mati dalam serangan itu.
 

Stark bekerjasama dengan Harley, seorang budak lelaki berumur 10 tahun untuk menyiasat letupan yang berlaku di Tennesse yang mengandungi bukti lengkap serangan Mandarin. Beliau mendapati letupan telah dicetuskan oleh askar dari program jahat Aldrich Killian. Eksperimen itu bertujuan untuk membolehkan pengguna untuk pulih daripada kecederaan yang teruk. Walau bagaimanapun, jika badan pengguna tidak sesuai dengan eksperimen tersebut boleh membuatkan pengguna panas dan badan mereka meletup. Stark percaya mereka menjadi mangsa plot jahat Killian.
 

Stark menyusup masuk ke dalam ibu pejabat Mandarin menggunakan pelbagai senjata buatan sendiri di mana beliau menemui Mandarin yang sebenarnya adalah pelakon British yang bernama Trevor Cassidy, yang merupakan seorang pelakon yag ketagih dadah. Watak Mandarin adalah satu ciptaan Killian dimana membolehkan Killian boleh menakluk dunia dengan membunuh Presiden Amerika pada ketika itu.
 

 
Killian juga telah memanipulasi agensi perisikan Amerika mengenai lokasi Mandarin, dan menangkap Kolonel James Rhodes tetapi beliau berjaya melepaskan diri. Stark dan Rhodes telah berjaya mengesan lokasi Killian yang bercadang untuk membunuh Presiden Amerika, Ellis di kaca televisyen secara langsung. Stark berjaya menyelamatkan Presiden Amerika dan selepas pertempuran, Stark memberikan pesanan kepada suit JARVIS untuk memusnahkan suit Iron Man lain, supaya dia dapat menumpukan lebih banyak masa bersama Potts.
 

 
 
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...